Sunday, 28 October 2012

Takdir atau Hakikat Sebenar Kehidupan

Jauh di sudut hati terasa berat untuk menerima hakikat yang sebenar. 
Inilah takdir. Seharusnya berlapang hati menerima segala ketentuan. 
Hadir dikala duka, tanpa dindang, meninggalkan kesan yang uar biasa dihati ini.
Hakikatnya, aku adalah manusia biasa yang punya hai dan perasaan.
Hiba dikala duka, lenyap ditelan masa, namun apa yang tersimpan biarlah menjadi rahsia. Kerana kelak yang tinggal hanyalah kenangan sahaja. 
Setitis airmata yang mengalir membawa seribu makna.
Jauh membasahi pipi dan kering bersama rahsia yang terpendam selama-lamanya.

-Jauh disudut hati matatinta-

Ya Ramadhan

Sepurnama perjalananku bersamamu
Kini bakal berlabuh menanti hari
Malam lailatul qadar yang dinanti
Berkunjung datang tanpa disedari
Setiap detik melalui perjalanan ini
Banyak pengisian yang ku perolehi
Rahmat ku pohon dariMu ilahi
Sebagai umatMu yang dikasihi
Kerinduan Ramadhan akan ku rasai
Entah bila bersua lagi
Sayunya dihati tidak terperi
Andai ini Ramadhanku yang terakhir kali

-matatinta-