Thursday, 24 May 2012

Cintaku Cinta Abadi

Dihening pagi mata terjaga
Janji ditepati untuk bersua
Persiapkan diri sebelum bermula
Pertemuan aku dan diriNya
Ikhlas dihati menyusun kata
Semoga dirahmati kehidupan yg ada
Perkara dunia ditinggalkan seketika
Hanya tertumpu kepadaNya
Bertemu tiada melihat rupa
Tatkala hiba menyelubungi jiwa
Sukar merungkai rasa yang ada
Selami sendiri untuk mengetahuinya
Cintaku bukan sebarang cinta
Hanya untuk yang Maha Esa
Di situ tersimpan intipatinya
Ramuan penguat hati dan jiwa
Terpancar nur di wajah sang pencinta
Setenang air yang tiada gelora
Tersemat di qalbu kasih sempurna
Cinta abadi ke akhir hayatnya

                                                               -Mata Tinta-

6 comments:

  1. Salam Tinta. Sangat ringkas sajak ni. Tapi dalam maksud kata-katanya. Antara ayat yg mencuri perhatian sy adalah "Di situ tersimpan intipatinya...Ramuan penguat hati dan jiwa...Tersemat di qalbu kasih sempurna.." Sangat indah lenggok bahasa awak. Amat asli penulisan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sajak ini Tinta hasilkan semasa berada dipejabat. Bila datang ilham itu maka Tinta tuliskan di dalam diari hijau. For your info, Tinta selalu membawa diari hijau ke mana saja Tinta pergi sbb bila ada shj terlintas ayat2 tertentu, Tinta akan tulis di dalam diari tersebut. Bila Tinta balik, baru Tinta buat penyusunan semula.

      Ayat2 yg mencuri perhatian Pawana itu punyai maksud yg mendalam. Malah boleh dipecahkan lagi kpd beberapa bahagian. Ianya adalah hasil drpd amalan solat malam. Tetapi Tinta tidak menggunakan perkataan solat itu sendiri di dalam penulisan. Ini adalah cara penyampaian mengikut pemahaman Tinta. Mudah-mudahan ianya membawa manfaat kepada pembaca dan dapat membuka mata dan hati agar mendalami amalan2 sunat untuk memantapkan diri dan menampung kekurangan yg ada di dalam amalan2 wajib. Insyallah.

      Delete
  2. Thumbs up. Practice makes writing better. Mcm yg I pernah bg tau u dulu, gunakan blog ni untuk berkarya. Sekiranya bakat itu ada dlm diri, tak siapa dapat menghilangkannya. Its a gift. Eventhou hanya seperenggan dua, bukan semua org mampu menulis. Jgn cepat mengalah ok. I am your fan also your friend. Ingat tu. Bahasa melayu sangatlah indah. Ditambah dengan lenggok dan penguasaan yg baik, akan berbekas dihati pembaca. Hanya yg buta hati shj tidak akan tahu menilai penulisan yg ada pengisian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazz.. Tinta akan ingat pesanan tuan. Sudah lama Tinta meninggalkan penulisan Bahasa Melayu ini. Sehinggalah Tinta berkenalan dgn seseorg yg mencintai Bahasa Melayu dengan begitu mendalam sekali. Terlintas difikiran betapa kuatnya semangat "and his firm stand" dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Sampaikan at a point, Tinta cuba selami pemikiran dia tentang pandangannya berkenaan bahasa melayu. Tinta menerima pandangan dia dengan hati yg terbuka. Maka inilah hasilnya. Blog yang menempatkan hasil karya Tinta yg tak seberapa ini.

      Delete
  3. Syabas Jewel, sungguhpun ringkas tetapi padat dengan pengisian. Perlu baca berulang kali dengan penuh penghayatan. Fahami baris demi baris. Khusy dapat rasakan mesej yg disampaikan tu. Teruskan menulis untuk santapan rohani agar dapat di manfaatkan oleh pembaca yg lain paling tidak pun sebagai peringatan agar jangan lalai dalam tanggungjwb dan janji kita kpd Allah SWT.

    Khusy doakan semoga u sukses dan beroleh keberkatan sentiasa di atas setiap niat murni yg telah u niatkan di awal penulisan u. I know how you work and what you normally do before you write something. Tak pernah lekang dari doa. Untung siapa yg dpt you ni. Kalau tidak tahu menghargai org mcm you ni mmg dia buta. Cant help it, just want you to be happy sbb you deserve it my dear.

    ReplyDelete
  4. ehem... feeling nmpk... jgn emo kat sini khusy.. sat nanti kene lg dari Tinta. Terkedu. Lepaskan aje cite lama. Jaga hati dan perasaan dia sbg sahabat yg paling memahami dia antara yg lain ok. She need your support.

    Tinta, bukan semua org boleh menulis ringkasan yg padat dgn isi. Ini mmg agak unik pd Yan. Walaupun hal2 agama ni Yan tak laa begitu arif, tapi Yan setuju dgn pendapat Khusy. Yan mampu tersenyum bila membaca. Perlahan2 membuat sesuatu karya. Biar lambat asal ada kualiti. Yan komen sbg pembaca bkn sbg kawan.

    Hasilkan lebih lg bentuk ilmuwan utk generasi muda akan datang yer. Kami sentiasa berada di blakang Tinta.

    ReplyDelete