Monday, 6 August 2012

Hilang Melayu Binasa Semua

Bila mengkaji sejarah melayu
Maka terbongkar rahsia yang satu
Bangsa yang menyimpan pelbagai ilmu
Diperturunkan pula ke anak cucu

Janganlah lupa asal usulmu
Itu pesanan orang terdahulu
Walaupun jauh beribu batu
Jagalah maruah bangsa melayu

Jangan diikut hati yang lara
Jangan sekadar mendengar sahaja
Kaji dahulu kebenaran yang ada
Pembawa fitnah besar dosanya

Setiap baris membawa makna
Mari selami akan isinya
Agar melayu tidak leka
Hilang melayu semua binasa


No comments:

Post a Comment