Sang pengembara menyusuri perjalanannya
Setiap langkah dan nafas meresap ke jiwa
Gerakan pancaindera mengiringinya
Seolah mengerti kehendak hati yang bergelora
Mencari jawapan pada rahsiaNya
Tidak semudah itu wahai Sang Pengembara
Hijab yang ada perlu dibuka
Sucikan dahulu mazmumah yang ada
Serapkan mahmudah disegenap daerahnya
Seperti mengalirnya darah keseluruh anggota
Tiada berhenti tanpa izinNya
Pabila mahmudah sebati dijiwa
Peliharalah ia dengan sebaiknya
Sekiranya tidak dipelihara
Maka akan lenyaplah segalanya
Wahai Sang Pengembara
Ini baru permulaan sahaja
Masih jauh lagi perjalanan yang ada
Masih banyak kisah yang ingin dikongsi bersama
Sebagai panduan untuk yang ingin mengembara
Izin Tinta berhenti seketika
Semoga bertemu diperhentian seterusnya
-Karya Istimewa Mata Tinta-
Setiap langkah dan nafas meresap ke jiwa
Gerakan pancaindera mengiringinya
Seolah mengerti kehendak hati yang bergelora
Mencari jawapan pada rahsiaNya
Tidak semudah itu wahai Sang Pengembara
Hijab yang ada perlu dibuka
Sucikan dahulu mazmumah yang ada
Serapkan mahmudah disegenap daerahnya
Seperti mengalirnya darah keseluruh anggota
Tiada berhenti tanpa izinNya
Pabila mahmudah sebati dijiwa
Peliharalah ia dengan sebaiknya
Sekiranya tidak dipelihara
Maka akan lenyaplah segalanya
Wahai Sang Pengembara
Ini baru permulaan sahaja
Masih jauh lagi perjalanan yang ada
Masih banyak kisah yang ingin dikongsi bersama
Sebagai panduan untuk yang ingin mengembara
Izin Tinta berhenti seketika
Semoga bertemu diperhentian seterusnya
-Karya Istimewa Mata Tinta-
No comments:
Post a Comment